Walaupun Bertubuh Kecil Masih Boleh Bergaya
Lelaki
yang mempunyai tubuh yang kecil bukanlah alasan untuk sentiasa tampil
dengan keadaan selekeh.Tidak semestinya orang yang bertubuh kecil tidak
mempunyai peluang untuk tampil dengan lebih bergaya.
Walaupon bertubuh kecil setiap orang mampu kelihatan tinggi dan bergaya dengan tip yang Izz dapat kongsikan.
1. Postur Badan ( Keadaan Badan) Mestilah Ditetapkan.
Baiklah postur badan korang perlulah
sentiasa perlu dijaga dan dikawal terutama ketika berdiri dan ketika
duduk dengan memastikan keadaan badan berada dalam keadaan tegap dan
jangan terlalu membongkok terutama ketika berdiri atau berjalan ok.Untuk
mengelakkan bongkok ketika berdiri korang perlulah cuba mendongak sikit
dan berjalan dengan megah tapi bukan untuk berlagak pulak ok.
2. Kekal Berambut Pendek
Dengan
gaya berambut pendek bagi orang yang bertubuh kecil amatlah sesuai dan
korang mesti elakkan menyimpan rambut yang panjang kerana rambut yang
panjang kerana tidak sesuai dan secara tidak langsung akan menutup
bahagian leher dan ini menyebabkan badan dan kepala korang kelihatan
bersatu so nampak pendek.So,gaya rambut yang panjang tidak akan membantu
korang untuk kelihatan lebih tinggi namun sebaliknya kelihatan lebih
rendah.
3. Pakaian Berjalur Tegak Diutamakan
Kebanyakan
orang yang bertubuh rendah tidak ambil perhatian bab corak dan jalur
baju ketika berpakaian. Pakaian yang berjalur tegak amatlah digalakkan
kepada lelaki yang bertubuh rendah atau kecil kerana dengan berpakaian
berjalur tegak ini membantu korang yang bertubuh rendah nampak lebih
tinggi sedikit. Bagaimanapun, korang kena elakkan memakai pakaian yang
bercorak kotak-kotak kerana tidak sesuai untuk orang yang bertubuh kecil
tambah pulak corak kotak-kotak buat korang nampak makin rendah.
4. Pilih Satu Warna Tetap
Bab
warna baju yang sesuai untuk korang bertubuh kecil Izz cadangkan pilih
satu warna yang paling korang suka tidak kisah warna apa yang korang
pilih asal nampak menarik bagi korang sudah cukup dan pastikan warna
yang korang pilih kalau boleh biarlah sama warna atau "matching" dengan
warna seluar korang sebab apabila baju dan seluar sama warna tubuh kecil
korang tidaklah nampak sangat.So ni beri peluang kepada korang untuk
nampak lebih tinggi sedikit.Dan warna yang lebih gelap Izz galakkan
sebab warna gelap lebih menarik sedikit.
5. Pilih Fabrik Yang Lebih Ringan Dan Warna Gelap
Fabrik
yang korang pilih mestilah ringan atau sederhana ringan sebab dengan
fabrik yang ringan korang boleh kelihtan lebih tinggi dan sekali gus
membantu korang nampak lebih kurus.Selain fabrik korang pun kena
pentingkan warna sebab warna paling penting dalam pengayaan pakaian.Izz
cadangkan warna hitam untuk lelaki yang bertubuh kecil sebab lelaki yang
bertubuh kecil akan kelihatan seperti gemuk dan pendek so dengan warna
hitam korang yang tubuh korang tidak akan nampak seperti itu namun
disebaliknya korang akan nampak lebih tinggi dan kurus lagipun warna
hitam merupakan warna paling sesuai untuk lelaki tampil kelihatan lebih
segak.
6. Pakaian Mengikut Saiz
Saiz
yang besar sentiasa menjadi pilihan orang yang bertubuh kecilkan?
apabila korang pakai pakaian yang lebih besar dari saiz asal korang yang
bertubuh kecil,ini menyebabkan korang akan kelihtan lebih pendek dan
lebih gemuk secara amnya.So Izz nak kasi tips setiap kali membeli
pakaian korang tidak semestinya membeli pakaian yang mahal sahaja untuk
mendapatkan saiz yang sesuai tapi korang pilihlah pakaian yang sesuai
dengan saiz korang dahulu kemudian baru korang bandingkan harga,jenama,
dan kualiti barang itu.
7. Suka Mempunyai Otot
Pastikan
tubuh yang sentiasa cergas dan berotot memanglah bagus tapi tubuh yang
berotot juga korang perlu kawal juga sebab dengan tubuh korang yang
sudah berotot tambah pulak bertubuh rendah atau kecil. Izz syorkan
korang berpakaian tidak terlalu ketat dan fit kerana korang akan
kelihatan lebih rendah dan kecil. So korang "just need make sure body"
korang sihat dan langsing sudah cukup jadi tidaklah korang nampak
terlalu kecil dimata orang ramai.
Izz harap korang faham aper yang Izz tulis.. Thanks..:D